5 Makanan Termahal Di Dunia


Makanan Termahal Di Dunia - Umpama dalam kisah urban yang sangat asing, dan ini fakta yang paling rare mungkin buat kamu tergamam. Makanan merupakan keperluan harian manusia. Jika kamu membelanjakan duit untuk membeli makanan setiap hari sebanyak RM20, mungkin ia bagai miskin bila dibandingkan dengan makanan mahal ini. Walhal RM20 untuk makanan harian merupakan gaji sehari bagi pekerja stor di super market dalam Malaysia. Namun, di luar sana sebenarnya fakta mengenai makanan termahal ini benar-benar wujud. Harganya boleh tahan, dan buat kamu menggaru poket. Ini dia beberapa makanan paling mahal di dunia


1. ITALIAN WHITE ALBA TRUFFLE


Ia adalah sejenis tumbuhan yang sangat sukar dicari dan hanya tumbuh pada masa tertentu sahaja dengan jangka masa sangat pendek. Tumbuh di celah akar pokok seperti di Utara Itali sekitar bulan Nov dan Dis sahaja. Ia juga boleh didapati di hutan dalam Perancis namun terpaksa menumpuh jalan yang sangat jauh. Ada juga pencari truffle ini dengan menggunakan anjing terlatih. Rekod penemuan Jamur, atau White Truffle ini adalah seberat 1.51kg jenis warna putih. Ia adalah jenis termahal dan terberat pernah dijual.
Harga: $160,406: RM705,786.40


2. CENDAWAN MATTAKE


Ia sangat popular di Jepun. Cendawan ini banyak dijumpai di Asia, Amerika Utara, dan Eropah. Ini adalah spesis tumbuhan mycorrhizal yang paling dikehendaki dan didambakan di kalang penggemar makanan cendawan. Ia bukan sekadar sukar dicari malah kuantiti pertumbuhanya sangat kurang. Di jepun, ia hanya tumbuh tidak lebih satu tan setahun.
Harga: $1000 : RM4,400.00


3. YUBARI KING MELON


Bukan harga sebiji, tetapi seorang ahli perniagaan telah menjual keseluruhan buah ini dalam kedainya untuk dibawa balik ke rumah. Ia berlaku di Yubari, Hokkaido, Jepun. Namun tembikai jenis daripada cantaloupe ini bukan seperti yang kamu selalu lihat di pasaran. Ia juga sama seperti Densuke Black Watermelon  yang mana hanya tumbuh di satu tempat di dunia.
Harga: $22,872: RM100,636.80


4. WAGYU RIBEYE STEAK



Merupakan daging lembu daripada Hyogo, Jepun. Lembu ini dibesarkan dengan diberi minum bir dan diurut agar dagingnya sentiasa lembut.
Harga: $2,800: RM 12,320.00


5. SAMUNDARI KHAZANA CURRY


Lobster Scottland diselaputi emas, empat siput laut, dan empat ketul telur beluga. Dan ia hanya terdapat di Bombay Brassiere. Kalau kamu perasan, menu ini ada masuk dalam filem Slumdog Millionair.
Harga: $3,200: RM14,080.00


Baca Juga : 5 Negara Yang Sangat Indah Yang Wajib Kamu Kunjungi

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 Makanan Termahal Di Dunia"

Posting Komentar